Isnin, 26 Oktober 2009

Perutusan Kepada Jemaah Haji 2009

Upeh Inn mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah kepada seluruh jemaah haji dari Malaysia dan seluruh dunia. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah, segala amalan diberkati Allah dan seluruh tetamu istimewa Allah ini akan mendapat haji yang mabrur serta kepulangan para jemaah haji nanti akan membawa kemuliaan kepada ummah seluruhnya.Amin.Doakan suatu hari nanti kami turut dipilih sebagai tetamu istimewa Allah.Salam kasih sayang daripada Upeh Inn.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Pakej Sambutan Aidiladha dan Majlis korban serta akikah di kampung Pondok Upeh

Upeh inn menawarkan pakej sambutan Aidiladha dan pelaksanaan Program Korban serta Akikah di Kampung Pondok Upeh, Pulau Pinang. Anda akan berkerjasama dengan masyarakat kampung untuk menjayakan program tersebut. Anda akan turut sama terlibat dalam melapah, memotong dan memasak gulai lembu. Masakan masyarakat kampung yang enak dapat anda nikmati dan boleh anda pelajari. Pakej RM150/seorang ini meliputi penginapan 1 malam dan makan pagi, tengahari, petang dan malam. Pakej ini eklusif untuk anda. Hubungi kami.Tempat terhad.

Selasa, 13 Oktober 2009

Graduasi MRSM Balik Pulau 2009

Tawaran istimewa sempena graduasi MRSM Balik Pulau. Selamat bergraduasi. Salam kasih-sayang. Hubungi kami.